tentang bahas yang mendebarkan
Semalam kami menonton Bahas 4pm 2005 (VJC lawan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyah), yang bakal ditayangkan di Suria hari Ahad mendatang pukul lapan setengah petang. Sebenarnya jujur sahaja, sebelumnya saya agak yakin saya akan berasa sedikit bosan. Ai, ternyata tak juga la! Malahan hujah-hujah yang dikemukakan cukup menarik! Mauduk semalam iaitu "Blog adalah ruang peribadi", jadi kita semua pun boleh cukup berseronok mengikut apa-apa sahaja yang diperbualkan dengan bersemangat. Untung sahaja bukan mauduk-mauduk membosankan macam masyarakat Singapura ini la, itu la... yang hanya bikin sakit kepala. Selain itu, rupanya gahar-gahar pula para pembahas yang beraksi semalam! Jaguh sangat mereka memusing-musingkan hujah-hujah yang mereka cakapkan.
Tak boleh disangkal lagi, bintang dalam pertandingan semalam ialah tak lain dan tak bukan, ialah Suanggita Emerlin yang dengan tangkas dan comel berhujah sekaligue berjenaka, akhirnya pula beliau terpilih menjadi pembahas terbaik keseluruhan!! Junior Indo kami sendiri! Kami-kami pada budak Indonesia yang turut menonton dan bersorak tak dapat menahan pekik-pekik girang dan perasaan bangga yang meluap-luap. Hanya sahaja sayang sekali VJC kalah walaupun saya rasa pasukan VJ iaitu Fairuz, Imran dan Suang sudah bertanding dengan gigih sekali.
Tak mengapa lah, acara semalam benar-benar menghibur dan membuka mata saya bahawa ternyata bahas bahasa Melayu cukup keren juga dan menyeronokkan.
No, you ain't reading the wrong blog. Tajuk di atas masih ditulis oleh pelajar yang nilai bahasa Melayu O Levelnya C5. Entah lagi sakit apa, dia tiba-tiba mendapat ilham untuk menulis dalam bahasa Melayu gara-gara nonton Pertandingan Bahas kelmarin. Melihat para pembahas beraksi, dia tidak mau (oops... I mean mahu) kalah juga.
Yay! Ternyata saya masih bisa nulis pake bahasa Melayu.. walau mikirnya lama...
bahas = debat
Suria = nama TV channel bahasa Melayu di Singapur
Ahad = Minggu
hujah = argumen
mauduk = topik
berseronok = senang, bersemangat, gembira, gemar (sama sekali bukan kata kotor!)
gahar = jago, ganas, garang
memusing-musingkan hujah-hujah = pokoknya diputer-puter kalo ngomong (bukan sakit kepala)
comel = lucu, imut
berjenaka = ngelawak
budak-budak = anak-anak (not slaves!)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home